__|share info
makin hari pengeluaran rumah tangga makin terasa berat ..bayar listrik, air, telfon, bayar BPJS, beli pulsa ..dll

maukah anda jika semua pengeluaran itu bisa menjadi penghasilan tiap bulan..? gratis 100% ..tanpa modal..! |klik disini|
__|


selamat dari tentara yahudi : keajaiban la haula wala quwwata illa billah

Artikel ini ditulis oleh Abdillah Onim, Ketua MERC Indonesia di Jalur Gaza yang sedang membangunkan Rumah Sakit Indonesia di Beit Lahiya, Jabaliyah.

Beliau kini sudah berumahtangga dengan seorang Hafizah anak jati Gaza dan mereka telah dikurniakan Allah seorang puteri. Semoga Allah memberkati keluarga Abdillah Onim dan membalas semua keihklasan mereka dengan Syurga yang mulia__

Menjawab persoalan saya tentang peristiwa-peristiwa ganjil yang pernah beliau lihat semasa berada di bawah serangan Yahudi, Sheikh Jamaal merasakan bahawa hal-hal di luar kebiasaan atau logik akal manusia adalah suatu yang tidak mungkin.

Tetapi, dengan izin Allah, perkara itu sentiasa berlaku. “Ketika perang, kereta-kereta kebal Yahudi melalui jalan raya yang berhadapan atau bersebelahan dengan rumah saya, setiap hari.

Suatu ketika, tiba-tiba anak muda meletakkan batu yang sangat besar di tengah jalan. Selain batu mereka juga meletakkan paku supaya kenderaan-kenderaan Yahudi terperangkap.

Gambar hiasan – Askar Yahudi dalam latihan perang dalam bandar di selatan negara haram Israel
Gambar hiasan – Askar Yahudi dalam latihan perang dalam bandar di selatan negara haram Israel.

Benar kejadiannya, ada bunyi bising konvoi kenderaan yang menekan brek secara tiba-tiba depan rumah saya dan melanggar batu tersebut. Sayapun bergegas mendekati tingkap dan menjengok dari tingkat empat rumah saya.

Saya rasa sangat gelisah apabila tiba-tiba ada bunyi kuat tok, tok, tok, tok, tok… semakin kuat, seakan pintu besi di tingkat bawah dipecahkan,” cerita Sheikh Jamaal dengan teliti sekali.

Beliau menyambung, “Bunyi tersebut datang dari tingkat bawah apartmen ini. Benar sangkaan saya, ternyata yang menedang pintu itu adalah tentera Yahudi, seramai sekitar 15 orang. Mereka bergegas datang ke rumah saya sambil melaung tinggi “tutse…” dalam bahasa Ibrani yang bermaksud “keluar semua….” Kebetulan saya boleh berbahasa Ibrani.

Isteri dan anak-anak mula panik, malahan saya sendiri juga menjadi bingung. Hati kecil saya berkata mungkin hari ini adalah akhir hayat kami. Jika saya keluar dan menghampiri mereka, maka tamatlah riwayat kami.

Tiba-tiba saya berubah fikiran, dengan niat nekad tetapi tetap yakin bahwa Allah punya kuasa segala-galanya “kullu nafsin dzaa ikatulmaut – setiap yang bernyawa akan mengalami kematian.“ Sambil mengucapkan tawakaltu alallah la haula wala qwata ila billah Allahu Akbar, Alhamdulillah panik saya berkurang.”

Sheikh Jamaal bergegas dan membuka pintu. “Tidak tahu kenapa, tanpa ada rasa takut saya terus melontarkan kalimat berbahasa Ibrani dengan nada yang tinggi
ma tarud se – apa yang kamu mahu,
ataluu mavin anirut se lanuh? – apakah kamu tidak tahu kami sedang berehat?

Ata khasif bayt khat thisi fifa? – kamu fikir di kawasan ini hanya ada satu rumah saja?
Yesh misyo nimta afanim falakh li bayt shilo – mungkin orang yang tinggal jauh dari sini yang meletakkan benda itu.

Tentera Yahudi sudah bersedia untuk menembak jika saya keluar, akan tetapi mendengar suara saya, terus berdiri kaku dan tidak menjawab apa-apa sekalipun, bahkan terus beredar meninggalkan halaman rumah saya.

Yang menghairankan, mereka pergi tanpa mengeluarkan sepatah perkataan sekalipun sedangkan ketika saya mengeluarkan kata-kata tadi, saya seakan-akan berhadapan dengan anak kecil yang sedang dimarahi bapanya.

Sambil menutup pintu rumah, saya berucap Allahu akbar, Alhamdulillah ternyata Allah mendengar dan mengabulkan doa saya,” cerita beliau.

Setelah begitu bersemangat menceritakan pengalaman beliau itu, Sheikh Jamaal bertanya, “Ya Abdallah! Anda tahu tidak? Setelah mereka pergi baru muncul ketakutan dan jantungku berdebar dengan sangat kencang!”

SUMBER ARTIKEL</